Saturday, 20 May 2017

TAHUKAH ANDA PERBEZAAN ANTARA PATCHWORK, APPLIQUE DAN QUILTING?

ADAKAH ANDA TAHU?!! APA ITU PATCHWORK, APPLIQUE DAN QUILTING?!!


Mungkin ada diantara kita yang masih keliru dengan makna PATCHWORK, APPLIQUE & QUILTING. Malah ada daripada kita yang menganggap ketiga-tiganya adalah sama sahaja.
TEKNIK

*Teknik Patchwork adalah seni menyusun dan menggabungkan kain aneka warna dan motif mengikut pola yang tertentu.

TEKNIK PATCHWORK : PREMIUM PATCHWORK
*Teknik Applique adalah seni membentuk gambar dari potongan kain dan ditempel diatas permukaan kain
Teknik Applique : BABY QUILT PATCHWORK
*Teknik Quilting adalah proses menjahit tindas tiga lapisan fabrik sekaligus, iaitu lapisan atas, lapisan tengah, dan lapisan bawah. Biasanya yang dijadikan lapisan atas itu adalah fabrik patchwork.
Teknik Quilting : CADAR PATCHWORK


Hasilnya akan menjadi ianya lebih rapi dan memiliki ketebalan yang memberikan keselesaan dan keunikan tersendiri....


Jadi PATCHWORK, APPLIQUE dan QUILTING adalah benda yang berbeza tetapi berkait rapat.....


KELEBIHAN CADAR PATCHWORK
Set CADAR PATCHWORK COTTON ni memang lembut, selesa & berkualiti. Ia bukan seperti cadar biasa atau cadar fitted yang kita sering gunakan dimana setiap 4 sisi/penjuru cadar ada getah yg diselitkan di penjuru tilam. CADAR PATCHWORK COTTON ini fabriknya tebal, dan bila dihamparkan atas tilam, ia akan terletak dgn kemas.Ini disebabkan ianya berat (merujuk kepada teknik quilting). Sekiranya anak anda melompat atas katil pun tak terjejas.
CADAR PATCHWORK COTTON ni, ia flexible, besar & lebar yang boleh digunakan utk tilam saiz queen dan juga saz king. Ukuran cadarnya ialah 220 cm x 230 cm dan ukuran sarung bantalnya ialah 71cm x 44cm.

Memudahkan serta membantu kaum wanita yang sibuk.Tak perlu nak ditegangkan setiap kali kemas katil pagi-pagi tu. 

" Sekali dah mencuba, anda pasti akui apa yang saya katakan... CADAR PATCHWORK MEMANG SUPERB "



Macam Puan Cotton, Cadar Patchwork digunakan sebagai selimut manakala cadar fitted plain digunakan sebagai alas tilam. Bertambah seri bilik, disebabkan CADAR PATCHWORK kebanyakkan bercorak. Dan bila dipadankan dengan cadar fitted plain, bertambah2 menarik dan berseri lagi la bilik kita…
Tips : Bila bab mengemas, Biarpun cadar fitted tak ditarik tegang.. Tapi boleh dilindung dengan CADAR PATCHWORK (nampak tak kemalasan Puan Cotton kat situ.)

Sebarang pertanyaan
Whatsapp : +6018 391 1533
Instagram : https://www.instagram.com/cotton.patchwork/



No comments:

Post a Comment

SYAQIST CADAR PREMIUM PRINTED SUPER QUEEN 3in1

 Rindunya lama tak bersiaran kan. Agaknya ada lagi ke peminat #syaqist yang masih setia berkunjung ke sini? Kali ni #hakaksyaqist nak bagita...